Bidang Tugas


Bidang Tugas Jawatankuasa Surau

PENGERUSI

  • Menjadi penggerak utama kepada kemajuan surau.
  • Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.
  • Membantu dan berkerjasama rapat dengan jawatankuasa ke arah pengurusan surau yang cekap dan sistematik.
  • Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama jawatankuasa lain.
  • Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
  • Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.


TIMBALAN PENGERUSI

  • Menjalankan tugas pengerusi ketika ketiadaannya.
  • Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
  • Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan 
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain


SETIAUSAHA
  • Membuat panggilan mesyuarat dan surat mesyuarat.
  • Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
  • Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama jawatankuasa lain.
  • Menyediakan laporan dan dan dokumentasi.
  • Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan jawatankuasa lain.
  • Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.


TIMBALAN SETIAUSAHA
  • Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas dari masa ke semasa.
  • Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan jawatankuasa lain.
  • Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.


BENDAHARI
  • Menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan penyatanya .
  • Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama jawatankuasa lain.


JAWATANKUASA KERJA

PEMBANGUNAN DAN EKONOMI

  • Mencari sumber kewangan tetap dan berterusan melalui (Yuran tetap, Sumbangan tetap individu, syarikat dan lain-lain sumber)
  • Melaksanakan sistem kewangan yang seragam mengikut buku panduan kewangan yang sedia ada.
  • Mengurus kewangan dan dana surau dengan sistematik.
  • Meningkatkan ekonomi surau melalui aktiviti pelaburan dan kerjasama dengan institusi kewangan setempat seperti mudharabah, usahasama dan lain-lain.
  • Mengadakan aktiviti ekonomi seperti mengadakan ekspo dan pameran, pasar malam, jualan langsung, jualan bahan-bahan makanan, sewaan dan lain-lain.
  • Melaksanakan pelan pembangunan terancang surau mengikut keperluan semasa.
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


PENERBITAN DAN TEKNOLOGI  MAKLUMAT
  • Mengadakan pusat teknologi maklumat (IT) seperti komputer, internet, multimedia, wifi dan lain-lain.
  • Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan cetakan seperti buletin, risalah, surat siaran, petikan khutbah dan lain-lain.
  • Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti surau sepanjang tahun.
  • Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan.
  • Mempromosikan sesuatu program dan aktiviti yang memerlukan kehadiran ramai jemaah ahli kariah (penduduk kampung) melalui:  menampalkan iklan di papan iklan, memasang kain rentang, menyebarkan risalah, dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
  • Merangka strategi penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai program dan aktiviti surau dari segi bahan-bahan dan kos penerbitan.
  • Menjadualkan penerbitan majalah, risalah, pamphlet, kalendar, kad ucap selamat dan sebagainya.
  • Lain-lain tugas yang difikirkan sesuai dengan fungsi dan peranan kedua-dua aktiviti tersebut.
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


HAL EHWAL WANITA (HELWA)
  • Membentuk pasukan kendarat atau rewang wanita.
  • Mengadakan kursus pertolongan cemas.
  • Mengadakan kursus pengurusan jenazah, kelas memasak, kelas jahitan, kelas kemahiran kraftangan dan pusat jagaan dan penyusuan anak.
  • Mengadakan usrah muslimah, kumpulan kesenian Islam, khidmat nasihat HELWA, kelas pengurusan rumahtangga dan lain-lain.
  • Melantik atau melaksanakan pengurusan jenazah wanita di kawasan kariah (penduduk kampung).
  • Mengadakan kelas bimbingan fardhu ain, kelas al-Quran wanita, kelas berzanji dan marhaban, kumpulan Yasin dan tahlil, program ibu mithali, ibu tungal dan ziarah.
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


BELIA SURAU
  • Mengadakan aktiviti pertahanan diri seperti taekwando, silat, judo dan lain-lain.
  • Mengadakan aktiviti rehlah, ekspidisi, mendaki, perkhemahan dan lain-lain.
  • Mengadakan aktiviti pendidikan seperti kelas bimbingan, kelas komputer, kelas tuisyen dan lain-lain.
  • Mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi seperti mewujudkan pasukan bolasepak, pasukan sepak takraw, pasukan badminton, pasukan bola jaring, pasukan gasing, pasukan layang-layang, dan lain-lain yang berkaitan dengan kesukanan.
  • Mengadakan aktiviti perkhidmatan dan kebajikan seperti kaunseling, fasilitatur, usrah dan lain-lain.
  • Mengadakan program khemah ibadah seperti tahsin solah dan bacaan  al-Quran, zikir qiamulail dan sebagainya.
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


PENDIDIKAN 
  • Menjadikan surau sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mempunyai segala kemudahan pembelajaran dan pendidikan. Bagi tujuan ini, lajnah ini dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan tugas-tugas berikut:
  • Menubuhkan kelas-kelas pembelajaran bagi kanak-kanak seperti kelas fardhu ain, kursus haji dan umrah, kelas mukaddam, kelas al-Quran, tahfiz al-Quran dan kelas-kelas tambahan, kursus penyembelihan dan lain-lain.
  • Mengadakan kelas bimbingan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
  • Mengadakan program motivasi, kursus dan bimbingan dari masa ke semasa.
  • Mengadakan majlis membaca Yasin, tahlil dan solat hajat setiap malam Jumaat atau pada masa tertentu bersama dengan pihak penduduk kampung.
  • Mewujudkan perpustakaan yang lengkap sebagai pusat sumber masyarakat setempat.
  • Mengadakan perujian al-Quran dan berzanji peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa.
  • Kerjasama dengan lajnah- lajnah lain.


DAKWAH
  • Menubuhkan kumpulan-kumpulan marhaban, berzanji.
  • Menyusun program kelas-kelas takmir secara terancang.
  • Mengadakan kelas pengajian al-Quran lanjutan daripada program membudayakan al-Quran.
  • Mengadakan majlis-majlis ceramah umum, syarahan dan forum.
  • Mengadakan aktiviti kumpulan usrah - sirah nabi.
  • Menyusun program qiamulail di setiap malam Jumaat dan di malam-malam bulan Ramadhan dan menyusun progran berkala sempena hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul dan sebagainya.
  • Mengadakan solat hajat beramai-ramai setiap malam Jumaat mohon keamanan dan kesejahteraan ahli kariah (penduduk kampung).
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


KEBAJIKAN, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
  • Mewujudkan dana khairat surau.
  • Mengadakan program bersama dengan JKKK, NGO, koporat dan jabatan-jabatan kerajaan.
  • Mengadakan majlis-majlis seperti khatam al-Quran, gotong-royong, tokoh kariah (penduduk kampung) dan bapa mithali.
  • Menguruskan aktiviti kesihatan seperti rawatan, berkhatan beramai-ramai, dan penerangan HIV, Ibola, Coxsackie dan lain-lain.
  • Membuat kajian dan statistik penduduk kampung mengenai bilangan penduduk seperti golongan lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak, Islam dan bukan Islam, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, kanak-kanak istimewa, golongan profesional, ahli-ahli koporat dan lain-lain.
  • Mengadakan usaha memberi bantuan kepada pelajar-pelajar miskin, anak-anak yatim, golongan fakir dan miskin, orang sakit, uzur, musafir dan mualaf.
  • Memberi pengiktirafan dan anugerah kepada penduduk kampung yang berjaya dalam segala lapangan dan pendidikan.
  • Mengadakan aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kompang, hadrah, berzanji, marhaban dan lain-lain.
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
  • Mengadakan program-program kebersihan dan keceriaan surau seperti gotong-royong yang melibatkan ahli-ahli penduduk kampung dan NGO.
  • Menentukan kawasan luar dan dalam surau sentiasa dalam keadaan bersih, suci dan ceria.
  • Menyediakan peralatan kebersihan yang mencukupi.
  • Menyediakan jadual giliran pembersihan di kalangan penduduk kampung.
  • Membersihkan semua tempat tumpuan pengunjung surau dalam keadaan bersih seperti ruang solat, bilik kuliah, tempat wuduk dan bilik air.
  • Memastikan al-Quran, Surah Yasin, sejadah, telekung, kain dan kain pembidai dalam keadaan bersih dan kemas.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan di luar surau seperti rak kasut, simpanan beg yang teratur.
  • Menanam dan menjaga pokok-pokok yang sesuai di dalam kawasan surau.
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


PENGIMARAHAN SURAU
  • Memastikan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah dapat dijalankan dengan baik dan betul.
  • Mengadakan kelas Tahsin al-Quran untuk semua lapisan masyarakat termasuk Jawatankuasa surau.
  • Menyusun dan mengatur kelas-kelas takmir dengan cekap.
  • Memastikan ahli-ahli kariah (penduduk kampung) dapat hadir beramai-ramai semasa diadakan kelas takmir dan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mengadakan kursus pengurusan jenazah dan penglibatan dalam tajhiz mayat dengan mengadakan tahlil, bacaan Yasin dan sebagainya.
  • Memastikan AJK surau menghadiri kursus-kursus atau bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Agama (JHEAINS dan JAKIM).
  • Mengadakan program-program bagi menghidupkan bulan Ramadhan seperti tadarus, berbuka puasa, tazkirah, qiamulail, khatam al-Quran dan sebagainya.
  • Memastikan tazkir, tarhim dan azan dilaungkan menepati masa dan waktu solat oleh muazin yang bertugas.
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


KESELAMATAN DAN SUKARELAWAN
  • Menubuhkan dan menggalakkan penyertaan penduduk kampung melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan seperti Rela dan lain-lain.
  • Pasukan keselamatan yang berkaitan hendaklah bersama memastikan barang hak milik masjid dan surau dikawal selia bagi mengelakkan kecurian dan disalah guna oleh penduduk kampung.
  • Menyediakan pelan-pelan keselamatan seperti jadual bertugas, nombor talian kecemasan, tapak tempat berkumpul ketika kecemasan kepada penduduk kampung untuk langkah-langkah keselamatan.
  • Menyediakan dan menyelenggara peralatan keselamatan seperti pemadam api, lampu kecemasan, peti kecemasan dan peralatan kecemasan yang perlu diletakkan ditempat yang mudah digunakan ketika berlaku kecemasan.
  • Sentiasa bersedia dalam apa juga program/aktiviti surau serta penduduk kampung yang memerlukan khidmat keselamatan dan kesukarelawan sepanjang program/aktiviti yang dijalankan bagi memudahkan pihak tertentu dan penduduk kampung menjalankan tugas masing-masing.
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


PENGURUSAN ASET DAN PRASARANA SURAU
  • Meletakkan papan tanda nama surau dan tanda tunjuk arah seperti solat utama, solat wanita, tempat wuduk lelaki dan wanita, bilik imam, bilik bilal, stor, bilik pentadbiran, tong sampah, ruang bacaan, koperasi dan larangan-larangan yang berkaitan.
  • Mewujudkan dan menyelenggara bangunan seperti surau dan stor.
  • Mewujudkan dan menyelenggara kemudahan yang disediakan seperti tempat sembelihan korban, tempat memasak, ruang bacaan, tandas, tempat wuduk, tong sampah, bilik pentadbiran, kelengkapan memasak.
  • Memastikan segala barang hak milik surau dikodkan dan direkodkan  dalam dokumen bagi memudahkan pengawalan selia barang-barang bertujuan menjaga dan menukar ganti barang yang rosak atau pelupusan.
  • Memaparkan carta organisasi badan pengurus surau dan jadual program/aktiviti terkini secara harian, mingguan dan bulanan.
  • Menyediakan dan menyelenggara keperluan asas surau seperti peti derma, almari, jam dinding, mimbar, tongkat imam, sejadah, petunjuk waktu solat, alat pembesar suara dan lain-lain.
  • Bertanggungjawab memastikan barangan keselamatan, kemudahan asas atau tambahan hak milik surau disimpan dan dikunci serta mudah dihubungi pada masa yang diperlukan.
  • Kerjasama dengan lajnah-lajnah lain.


PEMERIKSA KIRA-KIRA
  • Pemeriksa Kira-kira hendaklah ; - 
  • Memeriksa buku kira-kira bagi tiap-tiap empat (4) bulan sekali dan memberi laporan lengkap atas pemeriksaan itu kepada Jawatankuasa Surau
  • Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Surau jika dikehendaki berbuat demikian oleh Pengerusi; dan
  • Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh   Pengerusi atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
  • Melaksanakan kira-kira dengan jujur dan amanah.