Monday 5 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434


Kita sedang menuju FASA PERALIHAN, sekali lagi TAQWIM bakal beralih. Kita dianugerah PELUANG untuk menyaksikan keindahan SUSUNAN dan ATURAN perjalanan waktu.

Firman ALLAH :

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Al-'Asr 103:1-3)

tanpa sedar, MASA terus berlalu LAJU mahu meninggalkan kita. Terlalu banyak yang dikejar, hingga lupa menghayati dan bersyukur apa yang telah ada.

SAAT sekitar SEMINGGU menuju MAAL HIJRAH ini
membawa diri kembali ke SEJARAH KEMBARA HIJRAH SAYIDINA RASULULLAH sallallahu alaihi wassalam 1390 tahun masihi yang lalu. SAAT ini Rasul sedang dalam KEMBARA itu. Merentas PADANG PASIR & GURUN demi menjalani PERINTAH HIJRAH.

Saat 7 hari ini,  SAYIDINA RASULULLAH sedang dalam KEMBARA HIJRAH dari Mekah ke Madinah.

KEMBARA HIJRAH  SAYIDINA RASULULLAH  itu payah. Ia bukan KEMBARA BIASA, ia KEMBARA PENUH CABARAN!!

Berbagai kisah cabaran yang ditempuhi.  SAYIDINA RASULULLAH dan sahabat perlu melalui pedalaman Tihama dalam panas terik yang dibakar oleh pasir SAHARA. Mereka perlu melintasi batu-batu karang dan lembah-lembah yang curam. Ia LALUAN YANG BERBEZA!!

Lalu, sukar untuk dapatkan sesuatu yang menaungi dari TERIK PANAS sang MENTARI. Sukar untuk MENGELAK dari diserang sendap atau diserbu secara tiba-tiba oleh musuh yang sedang MEMBURU!

7 hari ITU hadir dengan UJIAN TEGAR!!

Selepas UJIAN dengan SURAQAH, sang pemburu HEBAT. KEMBARA SAYIDINA RASULULLAH  agak tenang walau GETIR ALAM amat menguji ketahanan mereka.

Di dalam perjalanan Baginda itu, SAYIDINA RASULULLAH telah TIBA ke perkhemahan Ummu Ma’bad al-Khuza’ iyah. Wanita ini TEGAS orangnya namun suka menjamu susu kepada qabilah yang lalu di kawasan khemahnya. Namun, waktu itu - tidak ada susu yang boleh dijamukan kepada Rasul - kambing semuanya tak bersusu dan ini pula tahun KEMARAU.

Rasulullah bertanya:

"Apakah itu kambing betina di tepi khemah itu milikmu, wahai Ummu Ma'bad?".

Jawab Ummu Ma'bad:

"Itu adalah kambing yang ditinggalkan seorang teman kerana keletihan (sudah tua)".

Tanya Baginda:

"bersusukah?".

Jawabnya, "Kambing ini terlalu tua untuk memberi susu".

SAYIDINA RASULULLAH memohon izin untuk memerah susu, baginda mengusap-usap uncang susu dengan tangan Baginda - uncang pun mengembang memenuhi susu terus mencurah susu!!

MUKZIJAT!!

Darinya Baginda dapat SUSU KAMBING! Baginda meminta bekas agak besar mencukupi beberapa orang. Baginda memberi Ummu Ma’bad meminumnya hingga puas, lepas itu memberi kepada sahabatnya, mereka pun minum hingga puas, lepas itu Baginda minum.

Sebelum beredar, sekali lagi Baginda memerah hingga tepu bekas, lalu ditinggal kepada Ummu Ma’bad buat BEKAL dan SIMPANAN.

SAYIDINA RASULULLAH teruskan KEMBARANYA.

ia sebahagian KISAH HIJRAH RASUL, saat AWAL tahun 1 HIJRAH itu melaluinya, ia membawa ROH HIJRAH itu kembali ke JIWA UMAT SAYIDINA MUHAMMAD - buat BEKAL, buat SEMANGAT - untuk terus KEMBARA HIJRAH DIRI menjadi insan KAMIL di sisiNYA.

SELAWAT & SALAM untuk sebaik-baik penciptaan di atas muka bumi ini iaitu SAYIDINA RASULULLAH sallallahu alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment